Monday, November 15, 2010

Ubat Darah Tinggi

Petua di bawah ini adalah catatan untuk diri sendiri sahaja.

InsyaALLAH, berikut adalah satu petua orang Cina bagi mengubati penyakit darah tinggi, sungguh berkesan dengan izin Allah.

1. Cendawan hitam yang kaum Cina suka makan tu, harganya agak mahal (mahal sedikit sahaja) dan boleh didapati di kebanyakkan kedai ubat Cina. Cendawan hitam tersebut ringan dan keras. Belilah lebih kurang RM2-RM3 dari mana-mana kedai ubat Cina.

2. Basuh cendawan tersebut dan selepas itu rendamkan di dalam semangkuk air sehingga ianya menjadi lembut dan biarkan semalaman sebelum dipotong dan dimasak.

3. Pada keesokkan hari, air yang dijadikan rendaman cendawan tersebut akan menjadi berwarna coklat, alihkan cendawan tadi dan air rendaman tersebut dimasak hingga mendidih. Apabila air cendawan mula mendidih.. cepat-cepat tutup api (kalau tidak hilang zat air cendawan tadi)

4. Sejukkan air cendawan yang telah dididihkan. Boleh dibahagi kepada 2 gelas air. Bagi si penyakit darah tinggi minum pagi sekali dan malam sekali sewaktu perut tengah kosong.

5. Isi cendawan boleh dimasak makan sekeluarga

6. Ulangi amalan ini seminggu 2 - 3 kali

7. InsyaALLAH sangat berkesan

No comments:

Post a Comment